Wednesday, 20 February 2013

Kulit Sihat Tanpa Jeragat


Assalamualaikum…
Ramai antara kita terutama mereka yang terdedah dengan matahari secara langsung tanpa apa-apa krim perlindungan mudah mendapati wajah mereka ditumbuhi jeragat. Tidak kurang ibu-ibu yang mendapat jeragat selepas proses kelahiran. Ini biasanya berkaitan dengan perubahan hormon.
Apakah perkara yang dapat kita lakukan untuk mengurangkan ianya dari terus merebak dan hilang?
Melalui penjagaan kulit wajah.
Pastikan kita membasuh muka kita minima 2 kali sehari. Cucilah dengan pembersih wajah yang sesuai dengan keadaan kulit kita. Elakkan menggunakan pencuci yang menyebabkan kulit wajah mencari kering. Pastikan memakai toner dan pelembap. Jika memang terdedah dengan matahari pastikan memakai krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi.
Melalui pemakanan harian.
Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari. Ini membantu kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Minumlah air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Ia bagus untuk kelancaran darah dan penyingkiran toksin dari tubuh.
Melalui supplement. 
Antara supplement yang membantu mengurangkan jeragat dari terus merebak ialah
Energizing Soy Protein- ini kerana ia memastikan sel kita sentiasa sihat dan berganti setiap 21 hari.
Vitamin B dan C - dua vitamin ini sangat penting untuk pembinaan kolagen.
Vitamin A dan E - sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan abnormal sel.
GLA - ia membantu keseimbangan hormon dalam badan kita.
Bagi yang kurang berkemampuan, kami juga ada menyediakan set bajet untuk penjagaan kulit yang terdiri dari ESP dan GLA. Usaha yang istiqamah akan berhasil. 
Bagaimana nak dapatkan kesan yang betul?
Amalkan pengambilan supplement yang konsisten selama 90-120 sehingga mendapatkan ton kulit yang sekata, insyaALLAH kesannya ialah kepuasan kerana kecantikan itu adalah milik setiap insan.

sumber : http://www.anakkuwiraku.com/2012/05/kulit-sihat-dan-cantik-mahu.html
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Masalah Buasir?


Assalamualaikum…
Saya nak share sikit tentang buasir .

Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.
Pada kebiasaannya buasir terjadi selepas mencapai umur 50 tahun. Namun, ada juga di antara kita yang mengalami masalah buasir di usia muda….dan buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir..
Beberapa cadangan supplement disarankan untuk membantu masalah buasir anda…Antaranya ialah…OSTEMATRIX, OMEGA GUARD dan ZINC COMPLEX…

Cepat Lupa?


Assalamualaikum…
Orang kata lepas bersalin banyak urat putus dan antara penyebab jadi cepat lupa. Tak tahu la betul atau tidak. Jom kita tengok supplemen yang boleh menguatkan daya ingatan dan konsentrasi..

vitamin B kompleks amat penting untuk me­mori, terutama tatkala anda sedang berhadapan dengan stres. Apabila anda mengalami tekanan fizikal atau mental, tubuh akan kekurangan vita­min B. Kekurangan ini menghalang tubuh menghasilkan asetilkolin, bahan kimia yang terlibat dengan memori, menghalang otak daripada berfungsi. Vitamin B juga berperanan me­ngangkut oksigen ke otak dan memusnahkan radikal bebas yang membantu meningkatkan daya ingatan dan menajamkan pancain­dera.
sumber:
                                                 http://healthy.babykawaiistore.com/category/vitaminbcomplex/

Cantik Luar Cantik Dalam


Assalamualaikum..
Bagi mereka yang mementingkan kecantikan luaran & dalaman, semestinya pengambilan Vitamin E tidak akan diabaikan dan tidak hairan kalau dikatakan bahawa Vitamin E merupakan vitamin wajib yang perlu diambil. Namun haruslah berhati2 dengan Vitamin E yang dipilih kerana terdapat pelbagai jenis, jenama Vitamin E dipasaran yang sedia ada. Semestinya Vitamin E semulajadi dan berkualiti adalah pilihan yang terbaik berbanding Vitamin E sintetik.

Berdasarkan kepentingan itu, Shaklee sentiasa menjalankan ujian dan kajian untuk memastikan setiap produk keluarannya sentiasa diperbaiki dan memberikan kebaikan yang optimum kepada pengamalnya. Terbaru, Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E dengan formula terbarunya, Vita-E Complex with grape seed extract.

Perbezaan dengan Vitamin E yang lama

Sudah tentu kandungannya, kini mengandungi ekstrak biji anggur. Dan warnanya lebih kehitaman berbanding Vitamin E yang lama yang lebih kekuningan.  (sumber)
KELEBIHAN GRAPE SEED EXTRACT :-
  • Mengikut… kajian saintifik Minyak Biji Anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika mengamalkn secara konsisten.
  • Grape Seed Extract juga terbukti berkesan untuk menguatkan system imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul, serta merencat pembengkakan dan keradangan.
KENAPA GRAPE SEED OIL? 
  1. Sebabnya dalam Minyak Biji Anggur terdapat Oligomeric Proantho Cyanidin(OPC) yang lebih tulin berbanding kumpulan fitonutrien yang lain.
  2. OPC pula merupakan anti pengoksidaan yang paling berkesan dan mampu melindungi tisu-tisu daripada pelbagai kecederaan pengosidaan.
  3. OPC (Oligomerc Procyanidolic Complexes) iaitu unsur aktif ekstrak biji anggur adalah 50x lebih kuat dari Vitamin E dan 20x lebih kuat dari Vitamin C
  4. OPC berfungsi memusnahkan ‘radikal bebas’ yang boleh memusnahkan badan manusia. Dalam erti kata lain, OPC inilah yang bertindak MEMBANTU MENGATASI MASALAH KANSER bagi mereka yang sedang mengalami masalah penyakit kanser atau bertindak sebagai benteng daripada serangan penyakit yang ditakuti itu.
  5. Di samping itu, OPC yang amat kaya dengan protein terutamanya kalogen serta lebih kuat dari Vitamin E (50 kali ganda) dan C (20 kali ganda) menjadikannya sebagai makanan yang paling baik terhadap pembentukan sel dan tisu.
  6. Sekaligus ia juga baik untuk AWET MUDA dan tentunya sangat baik untuk memeliharaKECANTIKAN.
  7. Selain daripada kehebatan Minyak Biji Anggur dari sudut kajian saintifiknya, kelebihan anggur juga turut termuat di dalam At-Tibb An Nabawi (Perubatan Nabi), yang menyatakan bahawa anggur adalah sebaik-baik buah dan yang paling banyak manfaatnya.
  8. Ianya berfungsi sebagai buah, minuman dan juga ubat. Tidak hairanlah jika di dalam Al-Quran disebut sebanyak 11 tempat mengenai buah anggur.
Yang lebih menariknya, ia masih dijual dengan harga yang sama.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Penyusuan Untuk Kebaikan Ibu Dan Anak


Assalamualaikum…
Disini saya nak berkongsi sedikit tentang produk untuk ibu dan anak

Pengambilan supplemen untuk penyusuan bukan sahaja untuk meningkatkan hasil penyusuan tetapi yang lebih penting adalah untuk kesihatan ibu & bayi itu sendiri. Tentunya itu antara sebab ibu-ibu memilih untuk menyusukan sendiri bayi.

Apakah kegunaan supplemen-supplemen ini untuk penyusuan?
Protein – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.
Multivitamin – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.
Vitamin C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
Vitamin B kompleks – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.
Kalsium – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.
Alfalfa – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
Asid Lemak Omega 3 – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.
sumber : Majalah Shaklee 

Kelebihan VIVIX dan Collagen

Assalammualaikum....
Saya nak berkongsi serba sedikit tentang kelebihan menggunakan produk ini (SHAKLEE)

KELEBIHAN VIVIX
Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.
Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada 4 mekanisme utama penuaan pada tahap sellular :

>Melindungi dan membaiki sellular 
>Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
>Menggalakkan biogenesis ( pembentukan baru) mitochondria
>Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products)

FAEDAH MENGGUNAKAN COLLAGEN POWDER
>Anti Penuaan                                       >Menyubur
>Menghidratkan                                    >Menyerah
>Mengembalikan Keanjalan Kulit             >Menegang
>Melicinkan

Kesihatan Kecantikan