Thursday 4 April 2013

Nak Nampak Ceria, Segar dan Bersih..

Assalammualikum..lama dah saya tak update info kan..Kali ini saya nak kongsi sedikit tentang produk penjagaan kulit.

Mungkin ramai yang belum tahu Shaklee mempunyai produk penjagaan kulit selain dari produk berbentuk vitamin. Kalau vitamin untuk penjagaan kulit dari dalaman, bahagian luaran kulit pula jangan dianak tirikan. Untuk itu entri kali ini ingin berkongsi kebaikan pencuci muka NutriWhite Shaklee–Gentle Deep Foaming Cleanser.

Apakah keistimewaan produk ini?
  • Menjadikan kulit wajah kita segar dan bersih
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen
  •  Memberi cucian lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis atau mengelupas
Saya rasa agak terkejut ketika saya berjaya miliki pencuci muka Nutriwhite Shaklee ini. Apa taknya saiznya agak besar 150 ml. Tapi berbaloi-baloi. Guna sedikit saje tak sampai pun sebesar kacang hijau dah berbuih banyak. Macam ni bolehla guna sampai setahun.

Rasa segar dan nyaman sebaik sahaja wajah ni dicuci dgn Nutriwhite Shaklee. Kulit pun rasa lembut dan licin. Kalau semut lalu pasti jatuhlaa... huhuhuhu... Cuma satu saja yang tak best sebab tiada haruman wangian. Saya rela abaikan haruman wangian ini kerana pencuci muka Nutriwhite Shaklee ni bebas dari bahan kimia dan sintetik berbahaya. Memang selamat untuk kulit muka kita.



No comments:

Post a Comment

Kesihatan Kecantikan